Tuesday, June 16th, 2015 | Author: admin

There are some rumours about Mc Ocean Holding is doing some ilegal MLM activities, below are some information getting from the news. (Malay Version)

Soal Dan Jawab Untuk Mc Ocean

S: MC OCEAN tidak memiliki lesen jualan langsung/lesen jualan langsung telah luput

J: Lesen jualan langsung kami bernombor AJL 931963 dan sah laku untuk tempoh 20.08.2013-19.08.2016.Isu lesen MC OCEAN yang tertimbul di Internet adalah satu isu yang dibangkitkan sebelum bulan Ogos 2013, kerana pada masa itu kami mengalami kelewatan dalam pembaharuan lesen akibat daripada beberapa masalah teknikal. Namun, lesen kami telah diperbaharui dan isu tersebut tidak lagi wujud.

S: MC OCEAN mengamalkan skim piramid (PyramidScheme) untuk mengaut keuntungan dengan menjual keahlian.

J: Kami tidak mungkin diberi lesen jualan langsung sama sekali sekiranya kami mengamalkan skim piramid.Kami menjual produk-produk kesihatan dan pemakanan, seperti Enertri, EIonizer, Alkurma, Ener369 dan lain-lain.Produk-produk kami juga mendapat pengesyoran dan sokongan yang diberikan oleh lebih daripada seratus orang doktor bahawa amat membantu dalam memperbaiki tekanan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Produk kami bukan sahaja memenuhi spesifikasi Halal , malah model perniagaan kami juga diperakui olehi Jawatankuasa Syariah (Syariah Panel).

sijil-halal-mc-ocean

S: MC OCEAN tidak membenarkan ahli-ahli untuk mengembalikan produk-produk yang dibeli.

J: Kami mematuhi Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 di mana ahli-ahli dibenarkan untuk mengembalikan produk-produk tanpa syarat dalam tempoh bertenang selama 10 hari dan diberi bayaran balik 100%.Di samping itu, kami juga membenarkan pengembalian bersyarat dalam 180 hari (bonus dan perbelanjaan yang berkaitan haruslah ditolak). Perkara-perkara ini telah diterangkan dengan jelas semasa ahli-ahli memohon keahlian masing-masing. (Lihat peraturan 9 dan 10 dalam rajah di bawah)

Oleh itu, jika seseorang berkata beliau telah membeli produk dan tidak dibenarkan untuk mengembalikan produk, sudah tentu dia bukan ahli MC OCEAN.

mc-ocean-MLM-agreement

Category: Malaysia
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. Responses are currently closed, but you can trackback from your own site.

Comments are closed.